BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 21, 2009

Tazkirah-peringatan bersama..


Tazkirah ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan untuk dikongsi untuk semua.Semoga kita menjadi muslim/muslimat yang lebih baik.Biarlah hari ini lebih baik daripada semalam.Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah untuk diri ini dan kita semua.Amin..

Surah Al-Baqarah,Ayat 83,Maksudnya;

Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel(dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa,dan kaum kerabat,dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin;dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat".Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.

Huraian ayat:(seperti yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Muttalib)
Kesalahan besar kaum Bani Israel adalah apabila Ahli-Ahli Kitab dari kalangan mereka meminda kandungan Kitab Taurat.Kejahatan bangsa Yahudi yang kita lihat sekarang dan yang diceritakan di dalam Al-Quran adalah sama.Di dalam ayat ini Allah s.w.t telah menceritakan tentang perjanjian Allah dengan kaum Bani Israel yang terkandung di dalam KitabTaurat.Tetapi,mereka telah melanggar perjanjian tersebut.Isi kandungan perjanjian ini juga adalah sebagai peringatan untuk dipatuhi oleh umat Islam,umat Nabi Muhammad s.a.w,yakni kita semua.Peringatan-peringatan tersebut mengikut turutan seperti berikut:-

1) Jangan menyengutukan Allah s.w.t yakni jangan menyembah selain daripada Allah s.w.t.Kalau menyembah selain daripada Allah adalah syirik.dan ingatlah kalau kita mati dalam syirik,Allah tidak akan ampunkan.
2) Buat baik kepada ibu-bapa.Kalau ibu-bapa kita redha kepada kita,maka Allah s.w.t juga redha kepada kita.Ingatlah satu2nya parut yang tidak hilang daripda tubuh badan kita adalah 'pusat',sebagai tanda suatu masa dahulu kita pernah bercantum dengan perut ibu kita melalui tali pusat.Sebagai peringatan kepada kita dari mana asalnya kita dilahirkan di muka bumi Allah yang makmur ini.
3)Sentiasa menjaga hubungan baik antara adik beradik.Saling bantu-membantu ketika dalam kesusahan.Jangan sekali-kali memutuskan silatulrahim antara adik-beradik.Ingatlah tak masuk syurga kalau bergaduh adik- beradik.
4) Sentiasa berbuat baik kepada anak yatim.Istilah anak yatim menurut Islam adalah anak yang kematian ayahnya ketika masih belum baligh lagi.Sangat besar pahala kepada sesiapa yang sentiasa berbuat baik kepada anak yatim.Janganlah sekali-kali kita menyakiti anak-anak yatim ,dan jangan sekali-kali memakan harta anak yatim.Kita perlu ambil perhatian tentang ini,kerana kadangkala kita terlupa ataupun tak sedar telah memakan harta hak anak yatim.Mintak dijauhkan..
akan bersambung..

0 comments: